Pemilihan dan Pertandingan Bola Jaring 12TKB

Pada 27 Februari 2014, telah diadakan pertandingan bola jaring 12 tahun ke bawah di SK Nangan Meluan. Wakil dari SK Ulu Sungai Naman telah menghantar wakil seramai 12 orang atlet dan 4 orang guru pengiring (En Juna, Pn Jina, PN Elsie dan Pn Joanna) ke sana untuk merebut kejuaraan yang diidam-idamkan oleh seluruh sekolah-sekolah zon Julau. Tujuan pertandingan ini diadakan juga adalah untuk memilih wakil bagi daerah Julau untuk berentap dengan daerah Maradong serta Sarikei pada pertandingan Zon Daerah pertengahan Mac nanti.

Sebelum itu, atlet-atlet bola jaring telah menjalani latihan intensif berpusat di padang sekolah selama 5 hari bagi memantapkan kemahiran dan strategi yang akan digunapakai pada hari pertandingan kelak.

20140226_105251

20140226_105237

Latihan Pusat di Padang Sekolah

Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasukan bola jaring sekolah apabila sekadar menduduki tempat kelima sekaligus berkongsi kedudukan dengan Sk Ng Kelangas dalam pertandingan tersebut. Namun, seluruh pihak SK Ulu Sungai Naman berpuas hati dan berbangga dengan komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan oleh atlet-atlet tersebut. Berikut adalah kedudukan bagi 7 buah sekolah yang bertanding :

1. Sk Ng Merurun

2. SK Ng Meluan

3. SK St Alphonsus

4. SK Ng Luau

5. SK ULU SUNGAI NAMAN dan SK Ng Kelangas

7. SK Nanga Serau

 20140227_094708

20140227_095545

Suasana pertandingan di SK Ng Meluan, Julau

Terima kasih diucapkan kepada Jurulatih iaitu Pn Joanna, Pn Elsie dan Pn Jina kerana telah mengorbankan masa dan tenaga sepanjang latihan dan kejohanan yang diadakan. Kepada atlet-atlet, janganlah jadikan kegagalan sebagai alasan, tapi jadikan ianya sebab untuk lebih berjaya pada masa-masa akan datang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s