Selamat Pengantin Baru!

Tanggal Disember 2013 yang lepas, Puan Tina Braun telah menamatkan zaman solonya selepas berkahwin dengan jejaka pilihannya yang berasal dari Betong, Sarawak. Warga Sk Ulu Sungai Naman telah mengambil kesempatan ini untuk memberikan hadiah mewakili ucapan tahniah kepada Puan Tina. Majlis penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan disaksikan oleh semua staf SK…

Hasil Berbakti Kepada Tanah

Entri kali ini berkisahkan tentang gelagat guru, AKP dan murid mengutip hasil buah-buahan yang terdapat di perkarangan SK Ulu Sg Naman. Memang tidak mengecewakan apabila hasil yang dikutip sangat banyak. Paling mencuri perhatian adalah pokok rambutan yang sentiasa berbuah saban tahun. Rambutannya bewarna merah dan isinya sangat manis. Rugi kalau tak mencubanya! Selepas ini, bolehlah…

Patah Tumbuh Hilang Berganti..

Tahun 2014 bermula suram dengan perpindahan salah seorang tenaga pengajar, En Zulkarnain Jalal ke Kuala Lumpur. Beliau telah memulakan karier sebagai guru di SK Ulu Sungai Naman pada bulan Januari 2009. Banyak sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang 4 tahun beliau berada di sini. Antara sumbangan beliau terhadap ┬ábidang akademik ialah berjaya membantu murid…

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2014

Selamat memulakan sesi persekolahan 2014. Bagi murid tahun 6,selamat menghadapi UPSR. Manakala bagi murid tahun 2,3,4,5 selamat kembali ke sekolah. Tidak lupa juga kepada adik-adik tahun 1 dan prasekolah, selamat datang ke alam persekolahan. Semoga tahun 2014 dapat mengukir kenangan manis untuk semua.

Mesyuarat Staf 1.0

Pada 30 Disember 2014, pihak pentadbir sekolah bersama guru dan ahli kakitangan pelaksana telah mengadakan satu mesyuarat bagi memastikan sesi persekolahan tahun 2014 berjalan lancar. Antara agenda mesyuarat yang dibincang merangkumi aspek hal ehwal murid, kurikulum, dan kokurikulum. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh guru besar, En Jerita Gara tamat pada pukul 12 tengahari setelah 3 jam…

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat tinggal 2013.. Selamat datang 2014! Warga SK Ulu Sungai Naman mengucapkan selamat tahun baru 2014. Tanamkan azam baru untuk direalisasikan pada 2014. Semoga warga SK Ulu Sungai Naman terus berjaya pada masa akan datang!